Khamis, 26 Julai 2012

Roomateku!

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa hari yang ke-6.Moga-moga sihat belaka la yer..Tetiba rasa nak post pasal roomate-roomate aku yang owesome gila ni.Setahun bersama mengenali hati masing-masing.Macam-macam telatah.Ada masam.Ada manis.Ada pahit.Namun disimpulkan semuanya menjadi suatu kenangan yang terindah.Syukur dapat roomate macam korang.Menerima kekurangan masing-masing atau kelebihan masing-masing.Gaduh?Normal la...

Tapi rasa macam tak gaduh pun.Kita baik-baik aje kan.huhuhu.Tak lupa bila masing-masing akan sponsor makanan kat tengah-tengah bilik sambik lepak-lepak macam kedai kopi pulak kan.Bilik pun memang cun giloss la dari bilik-bilik orang lain.Ya,Anugerah bilik tercantik..haha.Bila malam jumaat la malam yang paling dinanti.Malam terbaik menonton movie setelah penat memerah otak di kuliah@tutorial..

Time habis  Exam Mid Year masing-masing share movie pastu layan sampai pagi untuk menghilangkan resah pikir pasal Exam.Bila dapat result mula la menangis tak tentu pasal pastu layan movie lagi.Ni la kehidupan kat matrik.Tipu la kalau tak layan movie.Suci gila kot.haha

Hujung minggu aku dengan Ikah jadi nazir layan setiap Cafe.Try test cuba makan yang mana cafe terbaik.Hujung minggu layan pasar malam.Fuh,semua tu dah jadi macam kenangan.Mira mangsa tolong beli Roti Boy kat atin.Kini tiada lagi.Nak feeling sat ni..huuuuuuuuuu

Fatin__Mira

Fatin.Mira

sorry senget..dari kiri aku,mira,huda
Fatin__Mira__Huda

Ikah sweet!

Ikah__Shafa

Shafa__Ikah__Fatin

Tengah-tengah bilik.Bilik Anak dara.huhu



Aktiviti petang-petang.Berbasikal keliling KMPP.

Shafa__Ikah__Shafa.
Selalu Bersama=)

Trademark huda"Tu dia bak hang".Terbaik lah.My Roomate,thank for everything.You all the best.Maaf kalau ada kesilapan sepanjang setahun kita mengenali.Moga dapat jumpa lagi.InsyaAllah.I Love you all with all my heart,with all my soul.=)

Tekad


Assalamualaikum..

Alhamdulillah maybe yang aku dok pening-pening piker,Dah  dipermudahkan Allah..Syukur Alhamdulillah.Hari tu post aku dok dilema wanita la kan.Ayat cewi giloss..haha.Setelah tekad dan sebulat suara aku memilih Universiti Sains Malaysia(USM) sebagai destinasi muktamad.Bukan atas nama APEX tapi aku da survey about this course.Banyak  peluang kerja bila keluar nanti.

Mula-mula aku check UPU,aku check-check dapat UKM dan USM.Hati aku terdetik nak pergi UKM.Tapi masih keliru plus dilema wanita sebab hati rasa berbelah bahagi.Aku takmau la nanti menyesal kemudian hari.So penyelesaiannya buat la istikharah.Hati tetibe interested dekat USM.Aku bukan apa,aku ni ada penyakit yang kritikal..

Ha,sakit apa la yang kritikal sangat tu??Aku ada masalah jiwa yang tak tetap pendirian yang kadang-kadang cepat je berubah hati.Ni la penyakit aku setelah sekian abad mengalami dilemma ni..hehe..Yela,kita kalau buat satu keputusan,decide la betul-betul bukan dipengaruhi mana-mana pihak.Tapi macam aku ni,mudah je berubah hati tambah-tambah bila aku dapat tau USM yang aku dapat bukan kampus induk tapi kat Kubang Kerian tu.Kat Kelantan tu!!

Tah la nak ikutkan lagi dekat tapi hati aku rasa berjauh hati dengan Kelantan.huhu..Ni lagi satu bila da research cari la betul-betul.Kan da salah,yang sebenarnya course aku kat Penang..kwkwkw..Buat malu diri sendiri je kan.Lantas rasa happy gila sebab Penang.Bukan apa sepupu aku dua orang kat sana.Ada la geng.Lega gila.Tak bole la nak buat problem kat sana<<======Tipu je..Aku baik,don worry,haha
Tak sangka dah terasa jadi adult le pulak.haha.

Tapi piker-pikir mesti banyak duit nak kena guna.Yela mahu ribuan nak guna.s0,haruslah bekerja sambil menyimpan untuk masa hadapan.Aishh,nyesal la mengabehkan duit gaji aku.InsyaAllah,aku nak buat perubahan bila aku kat sana.Doakan yang terbaik.Sayang semua.^_^ 

Selamat Berpuasa.Salam Ramadhan Al-mubarak =)

Ahad, 15 Julai 2012

Dilema wanita

Assalamualaikum..selamat petang =(

Seperti entri diatas..Ya,aku memang dalam dilema wanita sekarang.Someone help me please..warrggghhhhhhhhh..nak nanges ni.Baru-II ni ada dua orang laki mai masuk minang aku.Aku dalam dilema ni nak pilih calon suami yang mana 1..dua-dua aku sayang.Tapi aku cuma ada 1 pilihan.Aku bukan laki-II boleh kahwin sampai empat..keke.Tak boleh tamak haloba.Ayah aku dah bagi kata dua sama ada itu atau ini..Kalau bole memang nak dua-II tapi apakan daya haruskah aku membelah plus membahagikan badanku kepada kedua-II nya.Tidakk!!!!Ecece ayat bukan main lagi noh..Ok,fine aku tipu kat situ..haha

Actually,tu bukan dilema yang aku alami..hee.Aku dilema wanita nak further study kat mana either UKM(Kesihatan persekitaran) @ USM(Teknologi pemakanan).Habis siang malam aku dok terpikir2 nak decide yang mana 1.Bagi aku kedua-II Universiti ni memang famous plus mantop tapi tu la aku pergi bukan atas nama  tapi atas course yang aku dapat tu.Kalau dapat satu je choice tak da la penat2 den nak pilih tapi Alhamdulillah bersyukur rezeki yang Allah bagi kan..bersyukur la atin weh..

Aku tak mau la nanti takut tersilap decide course yang tak kena dengan jiwa aku yang belajar cam suam-II kuku ni..huhu..Especially,tetiba course yang aku study tu ada Fizik.warrgghh..Tak bole terima.Tak bole terima.Bukan benci atau anti tapi tak suka.Eh,tak sama ka??hee..Lebih kurang kot.Tu sebab la kat matrik aku memang tak bape gemor dengan Fizik.Thats why la tak amik fizik..huhu..

Dalam tika nak decide mana satu course yang aku nak ramai pakcik-II aku suruh pergi USM sebab USM is University of APEX.Ye,aku tau tapi aku confuse ni.Dorang cakap pergi la USM sebab ada ramai sepupu kat Penang.Lagi satu aku dapat tau siapa yang graduate dari USM memang confirm habis study nanti tak tanam anggur..paham kan.hee.Ha,bole la aku lawat matrik aku dulu but setelah research-II course yang USM dekat Kelantan..Ni nanges lagi ni..Bukan aku anti kelantan tapi emmm..no komen..huhu..Hati aku cakap "aku takmau study kat kelantan!!".Aku pun tak tau maybe sebab ramai bagi persepsi negative terhadap kelantan.Ahh,persetankan semua persepsi negatif tu and lihat la senior matrik aku cuba membersihkan semua persepsi negatif terhadap kelantan.Bukan aku je pikir negatif kat kelantan tapi aku rasa ramai lagi kan berpikiran macam aku kan..tolong ngaku cepat..haha..ok,meh lihat warkah dari senior aku.Aku copy paste  dari pesbuk
jee..huhu



Untuk adik-adik yang dapat tawaran kemasukan universiti di Kelantan. Tak kiralah USM-Kampus Kesihatan ke, UiTM ke..UMK ke..atau mana-mana la IPTA/S kat Kelantan ni..jangan risau!

1) Meski pun Kelantan sering dinobatkan sebagai negeri miskin, InsyaAllah adik-adik takkan mati kebuluran. Makanan di negeri kami masih lagi cukup :)

2) Meski pun Kelantan sering dimomokkan dengan air 'kotor', masalah a...
ir..InsyaAllah kesihatan adik-adik akan baik-baik saja, buktinya saya dah 21 tahun tinggal di Kelantan, minum air yang dikatakan 'kotor' tu jugak, tapi tahap kesihatan Alhamdulillah baik-baik saja.

3) Meski pun Kelantan dikatakan mundur 40 tahun ke belakang..InsyaAllah sesampai saja adik-adik ke bumi Kelantan, dengan mata hati yang celik..adik-adik akan tahu sejauh mana erti "kemunduran" itu, dengan pembangunan yang makin pesat, dengan lalu lintas yang makin hari makin sesak - eh, yeke? datang la dulu :)

4) Negeri kami tiada pawagam, tiada kelab malam..maaf lah kami tidak menyediakan hiburan yang melampau pada anak-anak muda. Kerana itu bukan ajaran Islam! Tapi apa yang pasti..InsyaAllah suasana 'lain' dari yang lain akan anda rasai bila mana berkunjung ke Kelantan. Rasa tenang, InsyaAllah!

Akhir kata, selamat datang ke Kelantan ^^

Datang bukan dengan hati yang prejudis
Datang dengan hati yang ikhlas.

Buanglah segala diskriminasi,
Kerana kami tidak pernah mengajak berkonfrontasi!

BUAT BAKAL MAHASISWA DI LUAR SANA,
SELAMAT DATANG KE KELANTAN, UNIVERSITI POLITIK TERBUKA ♥


s0.hang nak decide mana satu ni weh???Ya Allah permudahkanlah segala urusan hamba-Mu dalam memilih yang terbaik untuk masa depanku.Ok,cepat2 amiiin tau kawan-II..Paksa rela neh..haha..InsyaAllah nanti kalau aku da decide aku habaq mai noh..wait-II..

p/s:jangan kalut dalam memilih masa depan ye kawan2(nasihat diri seben0nye)huhu







Selasa, 3 Julai 2012

4-0..spain vs italy!!


Assalamualaikum...sihat tak sihat tak?


Rasa macam lama la tak story mory ni.Hari2 kalau bole nak story tapi kekangan masa yang sibuk membuatkan aku terkejar2..sibuk la konon kan..huhu.Okay,memandangkan demam bola euro da habis aku  pun rasa nak coret2 sikit blog ni.Idea ni mai lepas solat tadi.Okay fine,tipu kat situ..Idea mai masa tengah solat.tak kusyuk dah kan.hehehe

Final eur0 memang siapa2 pun tak bole nak duga siapa yang bakal jadi winner kan..Asal aku s0kong mana2 team mesti kalah.huhu..Aku sanggup layan semi final time Germany vs Italy sampai berjaga sampai pagi.Semangat gila layan bola konon s0kong Germany akan menang,tengok2 2-1..Tak la sedih sangat nak dibanding dengan depa yang beraksi kan..Aku sokong2 gitu2 je..

Then,bila mai je 2 july final eur0 aku layan lagi..Setia euro di saat2 nak final la konon kan.Masa tu pulak aku s0kong Italy pulak da.Tengok2 kalah lagi.ceh.sian dorang kena badi kalah aku kot..huhu..Masa tu kan aku target maybe Mario balotelli akan sc0re lagi pagi tu tapi sayang Italy tak da peluang nak lakukan sebarang gol.SEdih2.sobs..sobs..T.T..Masa last tu,aku tengok muka Balotelli punya la kecewa gila sampai nangis..Kalau kau ada time tu kan,bole tenangkan dia..haha..nih t0uching sikit bak hang..
Aku rasa mungkin ada fen0mena tiru rambut dia..amacam??..haha


"Mak,saya sedih sangat hari nih,kenapa tak doakan saya sepanjang perlawanan..makkk..uuuuuuuuuuuuuu..kan da kalah.."

Okay,siapa ada baca Metro hari nih???Punya lah penangan bola sepak sampai gaduh gara2 Italy kalah ke tangan Spain 4-0 sanggup tembak kawan  4 das sebab diejek Italy yang dis0kongnya kalah.Dasyat kan??Bila baca paper hari nih memang terkejut  sebab ada jugak kes2 macam sebab ia membabitkan konstabel polis weh.Bahaya betul bila pist0l kat tangan.Ni la dikatakan fenomena euro hebat sampaikan ada tembak2. Polis tu koma.H0pe2 la da sedar..mai mai d0akan.

Btw,tahniah kat spain winner  euro for this year.Mereka memang hebat sc0re 4 gol sekali gus..Lagipun depa pun ada pemain2 yang hebat2  belaka.Antara yang score final tu.


1. 14' silva 
                                                                                                                             
2. 41' alba


3. 84' torres


4 .88' mata

Tahniah spain.terbaiklah..Balotelli jangan nangis nangis da tau..huhu..k,bai