Ahad, 15 Julai 2012

Dilema wanita

Assalamualaikum..selamat petang =(

Seperti entri diatas..Ya,aku memang dalam dilema wanita sekarang.Someone help me please..warrggghhhhhhhhh..nak nanges ni.Baru-II ni ada dua orang laki mai masuk minang aku.Aku dalam dilema ni nak pilih calon suami yang mana 1..dua-dua aku sayang.Tapi aku cuma ada 1 pilihan.Aku bukan laki-II boleh kahwin sampai empat..keke.Tak boleh tamak haloba.Ayah aku dah bagi kata dua sama ada itu atau ini..Kalau bole memang nak dua-II tapi apakan daya haruskah aku membelah plus membahagikan badanku kepada kedua-II nya.Tidakk!!!!Ecece ayat bukan main lagi noh..Ok,fine aku tipu kat situ..haha

Actually,tu bukan dilema yang aku alami..hee.Aku dilema wanita nak further study kat mana either UKM(Kesihatan persekitaran) @ USM(Teknologi pemakanan).Habis siang malam aku dok terpikir2 nak decide yang mana 1.Bagi aku kedua-II Universiti ni memang famous plus mantop tapi tu la aku pergi bukan atas nama  tapi atas course yang aku dapat tu.Kalau dapat satu je choice tak da la penat2 den nak pilih tapi Alhamdulillah bersyukur rezeki yang Allah bagi kan..bersyukur la atin weh..

Aku tak mau la nanti takut tersilap decide course yang tak kena dengan jiwa aku yang belajar cam suam-II kuku ni..huhu..Especially,tetiba course yang aku study tu ada Fizik.warrgghh..Tak bole terima.Tak bole terima.Bukan benci atau anti tapi tak suka.Eh,tak sama ka??hee..Lebih kurang kot.Tu sebab la kat matrik aku memang tak bape gemor dengan Fizik.Thats why la tak amik fizik..huhu..

Dalam tika nak decide mana satu course yang aku nak ramai pakcik-II aku suruh pergi USM sebab USM is University of APEX.Ye,aku tau tapi aku confuse ni.Dorang cakap pergi la USM sebab ada ramai sepupu kat Penang.Lagi satu aku dapat tau siapa yang graduate dari USM memang confirm habis study nanti tak tanam anggur..paham kan.hee.Ha,bole la aku lawat matrik aku dulu but setelah research-II course yang USM dekat Kelantan..Ni nanges lagi ni..Bukan aku anti kelantan tapi emmm..no komen..huhu..Hati aku cakap "aku takmau study kat kelantan!!".Aku pun tak tau maybe sebab ramai bagi persepsi negative terhadap kelantan.Ahh,persetankan semua persepsi negatif tu and lihat la senior matrik aku cuba membersihkan semua persepsi negatif terhadap kelantan.Bukan aku je pikir negatif kat kelantan tapi aku rasa ramai lagi kan berpikiran macam aku kan..tolong ngaku cepat..haha..ok,meh lihat warkah dari senior aku.Aku copy paste  dari pesbuk
jee..huhu



Untuk adik-adik yang dapat tawaran kemasukan universiti di Kelantan. Tak kiralah USM-Kampus Kesihatan ke, UiTM ke..UMK ke..atau mana-mana la IPTA/S kat Kelantan ni..jangan risau!

1) Meski pun Kelantan sering dinobatkan sebagai negeri miskin, InsyaAllah adik-adik takkan mati kebuluran. Makanan di negeri kami masih lagi cukup :)

2) Meski pun Kelantan sering dimomokkan dengan air 'kotor', masalah a...
ir..InsyaAllah kesihatan adik-adik akan baik-baik saja, buktinya saya dah 21 tahun tinggal di Kelantan, minum air yang dikatakan 'kotor' tu jugak, tapi tahap kesihatan Alhamdulillah baik-baik saja.

3) Meski pun Kelantan dikatakan mundur 40 tahun ke belakang..InsyaAllah sesampai saja adik-adik ke bumi Kelantan, dengan mata hati yang celik..adik-adik akan tahu sejauh mana erti "kemunduran" itu, dengan pembangunan yang makin pesat, dengan lalu lintas yang makin hari makin sesak - eh, yeke? datang la dulu :)

4) Negeri kami tiada pawagam, tiada kelab malam..maaf lah kami tidak menyediakan hiburan yang melampau pada anak-anak muda. Kerana itu bukan ajaran Islam! Tapi apa yang pasti..InsyaAllah suasana 'lain' dari yang lain akan anda rasai bila mana berkunjung ke Kelantan. Rasa tenang, InsyaAllah!

Akhir kata, selamat datang ke Kelantan ^^

Datang bukan dengan hati yang prejudis
Datang dengan hati yang ikhlas.

Buanglah segala diskriminasi,
Kerana kami tidak pernah mengajak berkonfrontasi!

BUAT BAKAL MAHASISWA DI LUAR SANA,
SELAMAT DATANG KE KELANTAN, UNIVERSITI POLITIK TERBUKA ♥


s0.hang nak decide mana satu ni weh???Ya Allah permudahkanlah segala urusan hamba-Mu dalam memilih yang terbaik untuk masa depanku.Ok,cepat2 amiiin tau kawan-II..Paksa rela neh..haha..InsyaAllah nanti kalau aku da decide aku habaq mai noh..wait-II..

p/s:jangan kalut dalam memilih masa depan ye kawan2(nasihat diri seben0nye)huhu







Tiada ulasan:

Catat Ulasan